Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

“No Wedding, Tak Ada Kahwin… Jangan Kacau Saya” – Tengku Hassanal Minta Orang Ramai Hormati Privasi

today14 July 2024

Background

Selepas memuat naik hantaran di Instagram rasmi meminta agar orang ramai menghormati keputusan dan privasi perkahwinannya, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menafikan bahawa khabar angin mengatakan baginda akan berkahwin adalah tidak tepat.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tengku Hassanal menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

“No wedding, tak ada kahwin. Jangan kacau saya,” tulis pada hantaran berkenaan.

Tengku Hassanal berkata, bahawa soal perkahwinan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

Bagaimanapun baginda meluahkan rasa syukur dan menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan rakyat tentang kehidupan peribadinya.

“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

“Namun, saya memohon supaya keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” titahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah ? (@this.7)

 

ARTIKEL BERKAITAN:Tengku Hassanal Minta Hormati Keputusan & Privasi Perkahwinan

Written by: Salma


Previous post