Hot FM

Noh mungkin sertai PN, tapi bukan KJ, kata penganalisis



Noh Omar dan Khairy Jamaluddin dipecat Umno minggu lepas kerana melanggar disiplin parti pada PRU15.

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Noh Omar lebih berkemungkinan menyertai Perikatan Nasional (PN) berbanding Pakatan Harapan (PH), sekali gus menguatkan gabungan pembangkang di Selangor menjelang PRN, kata penganalisis.

Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura bagaimanapun berkata, bekas rakan seperjuangan Noh, Khairy Jamaluddin, yang turut dipecat Umno, mungkin tidak akan mengambil langkah sama.

“Noh merupakan ‘warlord’ tradisional Umno. Gaya dan kepercayaannya tidak bersesuaian dengan imej reformasi PH, jadi saya tidak melihat beliau akan menyertai mereka,” katanya kepada FMT.

“Saya fikir beliau lebih sesuai bersama PN, selain sudah membina pangkalan di Selangor. Sebagai ‘warlord’ tempatan, beliau bersama penyokongnya mudah bergerak ke platform baharu.”

Beliau berkata, Khairy yang juga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version