Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Noh Omar dilarang guna dewan yang dinamakan sempena namanya

today30 January 2023

Background



Bekas ketua Umno Selangor Noh Omar bertemu penyokongnya di Tanjung Karang bagi memberi penjelasan mengenai tindakan parti terhadapnya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Selepas beberapa hari dipecat dari Umno, bekas ketua Umno Selangor Noh Omar dihalang menggunakan sebuah dewan yang dinamakan sempena namanya sendiri yang terletak di kawasan Parlimen di mana beliau menjadi wakil rakyat selama 27 tahun.

Menurut laporan Malaysiakini, Noh sepatutnya memberi penjelasan kepada penyokongnya di Dewan Tan Sri Noh Omar yang terletak di Institut Pengurusan Peladang Tanjong Karang pada jam 3 petang hari ini.

Bagaimanapun, apabila penyokongnya tiba di dewan itu mereka terkejut apabila melihat satu notis penangguhan di pintu pagar.

Notis itu menyatakan acara itu terpaksa ditangguhkan atas “sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan”.

Setiausaha Umno Tanjong Karang Jasman Anuar mendakwa pengurusan institut itu diarahkan oleh pihak atasan untuk melarang Noh daripada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post