Site icon Hot FM

Noh sah tak tanding PRN, beri peluang pemimpin muda


Bekas ketua Umno Selangor berkata beliau akan berkempen untuk PN bagi memastikan BN dan PH tewas.

Noh Omar percaya Perikatan Nasional mempunyai peluang cerah merampas Selangor, jika hanya berlaku pertembungan dua penjuru antara PH-BN dan PN.

PETALING JAYA: Bekas pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Noh Omar tidak akan bertanding pada PRN akan datang bagi memberi peluang kepada pemimpin lebih muda menjadi wakil rakyat.

Tetapi, bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang itu akan menjelajah ke seluruh Selangor bagi memastikan BN dan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada PRN nanti.

“Saya tidak bertanding dalam PRN nanti, rasa cukuplah setakat ini dan mahu beri peluang kepada muka baharu kerana di Selangor sendiri ramai tokoh muda berwibawa boleh diketengahkan.

“Namun, saya akan turun padang berkempen kerana mahu meneruskan perjuangan saya untuk menewaskan PH di Selangor selepas BN kalah dalam PRU 2008 lalu,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau percaya Perikatan Nasional (PN) mempunyai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version