Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Noh Salleh Pernah Ada Hasrat Nak Bersara Dari Industri Hiburan Gara-Gara Anxiety… Peminat Jadi Penguat Semangat!

today29 September 2023

Background

Penyanyi, Noh Salleh mengaku pernah terdetik untuk bersara dari industri hiburan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dibawah jenama, Hikari.

Menurut vokalis kumpulan Hujan ini, untuk ‘stay’ dalam industri pastinya bukan mudah terutamanya untuk band yang bergenre indie rock ini.

“Baru malam tadi aku rasa macam nak quit. Kan aku cerita tadi aku jadi anxiety bila ramai orang.

“Rasa gerd muncul, suddenly aku rasa lemah, lagu lima minit nak show lagi banyak aku minum air hausboom tu. Patutnya jangan, kan manis gila. Aku nak energy kena minum.

“Aku second show dah rasa nak pengsan, tapi dalam visual aku gila ‘b*bi’ kan. Aku struggle nak mampus untuk habiskan satu set, berjaya habiskan pun driven by energy crowd,” katanya.

Namun begitu, pelantun lagu popular Aku Scandal ini mendapat semangat untuk mengakhiri setiap persembahannya melalui sorakan dan semangat penonton yang hadir.

“Aku dah rasa nak mati ni, tak larat nak bangun. Bahu aku dah sakit, i’m getting old nak masuk 40 tahun rock and roll performance Hujan tu, aku tak tahu mampu bertahan ke tak.

“Tu yang aku terfikir sampai bila aku bertahan kan jangan sampai aku mati atas stage, tapi… itu je la nikmat yang aku rasa life best on stage.

“Aku tak ambil dadah, aku tak minum arak. Aku tak pergi bersosial dekat kelab. Time aku rasa best nak bersosial is on stage,” katanya dalam temubual podcast di laman media sosial sneakerlah.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 171,000 tontonan, 17,000 tanda suka dan 130 komen.

@sneakerlah

Noh Salleh nak retire? 😢 #sneakerlah #boraklah

♬ original sound – SneakerLAH – SneakerLAH

Artikel Berkaitan: Noh Salleh, Fatin Athirah Sah Bergelar Suami Isteri

Written by: Aqilah


Previous post