Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Noktah Rindu Buah Tangan Terakhir Wany Hasrita Dengan FMC Music

today18 September 2024

Background

Lagu Noktah Rindu menjadi single terakhir penyanyi popular Wany Hasrita bersama FMC Music.

Memulakan kerjaya nyanyian secara serius sejak 2016, Wany diperkenalkan menerusi lagu duet Memori Berkasih (versi baharu) duet bersama penyanyi Korea Selatan, Kim Dong Gyun.

Nama Wany mula terukir di hati peminat apabila lagu Menahan Rindu meledak di semua radio dan viral di laman sosial sehingga melayakkan lagu terbabit ke Anugerah Juara Lagu 32.

Sepanjang lapan tahun bersama FMC, Wany melakar pelbagai kejayaan dengan menghasilkan pelbagai single solo dan duet serta memenanagi tempat ketiga Anugerah Juara Lagu 35 dan merangkul trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 31.

Sebagai penutup FMC bersama Wany, pihak syarikat telah melancarkan single terakhir berjudul Noktah Rindu.

Menurut CF Ho selaku Pengarah Urusan FMC Music, dia yakin dengan lagu dan lirik ciptaan sepenuhnya Goufran dan Ibnu ini.

“Noktah Cinta merupakan lagu balada yang pastinya akan menjadi siulan penggemar muzik lagu-lagu cinta. Kita mula dengan lagu cinta dan kita melepaskan Wany dengan lagu cinta juga.

“Sebenarnya, lagu ini sudah dirakamkan sewaktu musim Covid-19 yang lalu, tetapi kita simpan dulu kerana kita nak cuba keluarkan single genre yang berbeza,” katanya.

Ketika ditanya adakah ini strategi pemasaran FMC untuk melancarkan Noktah Rindu apabila Wany sudah tamat kontrak, CF Ho ada penjelasan tersendiri.

“Sebenarnya tiada langsung perancangan begitu, kerana saya fikir Wany akan sambung kontrak bersama FMC. Sepanjang bersama kami tiada langsung masalah antara pihak FMC dan Wany. Semuanya berjalan dengan baik.

“Kami juga berharap Wany terus bersama kami. Namun begitu apa apa pun keputusan ditentukan oleh Wany sendiri. Kebetulan, judul lagu Noktah Rindu seakan membayangkan hubungan rasmi kami terhenti di sini. Namun begitu pintu FMC Music selalu terbuka untuk Wany kembali,” katanya.

Written by: Salma


Previous post