Difahamkan, lima nombor yang paling banyak dibida ialah A51A iaitu seramai 40 pembida. Kemudian, diikuti dengan A101A seramai 31 pembida, A8118A seramai 29 pembida, A1881A seramai 27 pembida dan seterusnya A19A sebanyak 27 pembida.
“Terima kasih dan tahniah kepada pembida yang berjaya menerima keputusan rasmi semalam. Terima kasih juga kepada semua yang menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.
“JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.
Menurut beliau, hasil bidaan NPI, termasuk Siri A__A ini merupakan usaha MOT untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah MOT.
“Ini termasuk Program MyLESEN, Program Pertukaran Topi Keledar, Program FlySISWA dan pelbagai inisiatif MOT untuk rakyat,” katanya.