Menerusi video yang dimuat naik oleh @quirkyl0ne, kelihatan gadis tersebut sedang menemani kawannya yang memandu kereta di sebuah shopping mall untuk mencari parking.
Namun, dia ternyata merasa kecut perut apabila mereka melalui bahagian selekoh tajam dan seperti tidak berpenghujung.
Lebih mencuit hati adalah dia dilihat tidak berhenti mengucap dan menyebut nama Allah SWT sepanjang berada di dalam kereta itu.