Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kehadiran pemain kacukan Malaysia-Finland, Nooa Laine dalam kem latihan skuad bawah 23 tahun negara mengundangkan rasa teruja dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Mempunyai pengalaman eropah dan beraksi dengan kelab divisyen 1 Finland, SJK Seinäjoki serta divisyen 2, SJK Akatemia, pemain tengah yang berusia 20 tahun itu diharapkan dapat membantu pasukan negara dalam dua kejohanan penting bulan depan.
Bagaimanapun, menurut laporan New Straits Times, ketua jurulatih, Brad Maloney mengesahkan pemain itu tidak akan beraksi dalam saingan Sukan SEA kerana masih dalam proses dokumentasi dengan jabatan imigresen.
“Laine disini untuk menyelesaikan beberapa dokumen dengan pihak imigresen. Kelabnya memberi pelepasan untuk menjalani latihan bersama kami. Dia tidak sempat beraksi dalam Sukan SEA. Kami akan menyenaraikannya untuk Piala Asia B-23.
“Kami akan membantunya kekal…