Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Noor Hisham beri amaran trend jangkitan Covid-19 meningkat

today16 November 2021

Background



Dr Nor Hisham berkata, peningkatan nilai Rt berkadar terus dengan peningkatan kes baharu Covid-19 terutama jika langkah-langkah pencegahan tidak diamalkan sepenuhnya.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran bahawa kes baharu Covid-19 menunjukkan trend peningkatan sejak 10 hari lalu.

Beliau berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) mencatatkan peningkatan harian pada 1.05 ketika ini berbanding 0.92 pada 6 Nov.

β€œKesannya, kes baharu Covid-19 juga meningkat, iaitu sebanyak 11% berbanding minggu sebelumnya.

β€œSituasi ini kekal membimbangkan kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan Covid-19 kepada masyarakat dan seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, peningkatan nilai Rt berkadar terus dengan peningkatan kes baharu Covid-19 terutama jika langkah-langkah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post