Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Noor Nabila Titip Pesanan Pada Sharnaaz Ahmad.. “Tak Pernah Tinggal Jebat Lebih 3 Hari…”

today17 March 2023

Background

Usahawan dan pempengaruh jelita, Noor Nabila menitipkan pesanan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad untuk menjaga anak sulung mereka, Jebat Jayden dengan baik.

Menurut Nabila, ini adalah pertama kali dia meninggalkan Jebat selama lebih tiga hari untuk ke luar negara atas urusan kerja.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Nabila memuat naik foto yang memaparkan bingkai wajah comel Jebat ketika masih kecil dan foto dirinya.

“Mommy going to miss you like crazy Jebat Jayden. Tak pernah lagi tinggal dia lebih dari tiga hari ni.

“Baba tolong jaga dia elok-elok… You can do it! Haha,” tulisnya dalam status berkenaan.

Sebelum ini, timbul dakwaan mengatakan rumah tangga Nabila bersama Engku Emran goyah dan telah berpisah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Nabila memadam foto-foto bersama suaminya itu dan tidak lagi mengikuti Emran di laman media sosial Instagram.

Bagaimanapun, menjengah ke Instagram Emran masih menggunakan profil foto bersama Nabila dan tidak memadam kenangan manis mereka bersama serta gambar ketika di majlis perkahwinan.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada kedua-dua pihak.

Written by: Aqilah


Previous post