Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Norman KRU Gagal Tahan Sebak, Edry & Yusry Pula Hargai Jasa Adik Beradik

today6 December 2024

Background

Pasangan penyanyi trio adik-beradik, KRU iaitu Norman, Yusry Dan Edry menyentuh hati ramai selepas meluahkan rasa sayang mereka terhadap satu sama lain.

Menerusi video tular di platform TikTok, Norman selaku abang sulung gagal menahan sebak dan menitiskan air mata sehingga tidak mampu untuk mengeluarkan ucapan kepada adik-beradiknya itu.

Manakala Yusry tidak menafikan mereka sering bergaduh apabila bekerjasama dalam muzik, namun suami kepada selebriti, Lisa Surihani ini menghargai kehadiran Norman dan Edry dalam hidupnya.

“Kadang-kadang adik beradik ni bila bekerjasama nampak mesra memang mesra tapi tetap ada gaduh cuma kami tak pernah cakap betapa kami sangat menghargai satu sama lain.

“Selalu kita akan cari yang salah, tapi yang perkara baik mereka lakukan tak pernah cakap. Saya perlukan awak berdua,” katanya.

Sementara itu, Edry pula berkata dia tidak pernah lupa terhadap abang-abangnya meskipun sudah tujuh tahun berhijrah ke luar negara.

“Walaupun dah hijrah nak masuk tujuh tahun, tapi saya tak pernah lupa pasal abang-abang saya kat sini. Tanpa Norman dan Yusry saya tak akan berada di mana saya sekarang, mampu untuk mencari rezeki untuk anak-anak saya. Saya sangat bersyukur,” ujarnya.

@anistaqwa

Rapatnya relationship #KRU ni 💪💪💪💪

♬ original sound – Anistaqwa – Anistaqwa

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Program bola sepak di Perlis tak terjejas

Kangar: Kerajaan negeri Perlis memberi jaminan setiap program bola sepak termasuk di peringkat akar umbi di negeri itu tidak terjejas meskipun Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) kini digantung keahliannya sebagai ahli gabungan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

today6 December 2024