
Notifikasi ujian Sistem Amaran Awal Nasional (MySiren) diterima hampir serentak di lokasi yang memberikan maklum balas, termasuk Padang Besar di Perlis serta Pulau Sebatik dan Tawau di Sabah, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata maklum balas mengenai penerimaan notifikasi itu diperoleh secara langsung menerusi sesi bersama-sama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi) dan Jabatan Penerangan semasa ujian serentak di seluruh negara pagi ini.
“Selepas saya menekan ‘confirm’ untuk menghantar keluar mesej ujian itu, hampir serentak seluruh negara mendapat maklumat amaran yang sama,” katanya kepada pemberita selepas sesi ujian MySiren di Markas SMART di Puchong, hari ini.
Fahmi berkata notifikasi ujian hari ini disiarkan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris, dan sistem itu juga boleh menyalurkan amaran dalam bahasa lain sekiranya…