Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Notis LHDN terhadap Naimah adalah cukai dua kali, mahkamah diberitahu

today12 February 2025

Background


naimah
Balu Daim Zainuddin, Naimah Khalid memfailkan permohonan untuk kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tuntutan tunggakan cukai RM313.8 juta oleh LHDN. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa notis tambahan cukai sebanyak RM313.8 juta dikeluarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada Naimah Khalid pada Ogos tahun lalu adalah cacat dan tidak sah.

Peguam S Saravana Kumar, yang mewakili balu bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, berkata anak guamnya dikenakan cukai dua kali ke atas pendapatannya.

Beliau merujuk Seksyen 45(2)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang membolehkan seorang isteri dikenakan cukai secara bersama dengan suaminya. Oleh itu, mengenakan cukai yang sama ke atas Naimah dianggap sebagai cukai dua kali.

Seksyen tersebut menyatakan bahawa “seorang isteri boleh memilih secara bertulis supaya jumlah pendapatannya digabungkan dengan jumlah pendapatan suaminya dan dinilai atas nama suaminya bagi tahun taksiran…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post