
KUALA LUMPUR: Bersatu akan menghantar notis rasmi berhubung kedudukan enam Ahli Parlimen dan seorang Adun yang bukan lagi ahli parti itu dalam masa terdekat, kata Presiden Muhyiddin Yassin.
“Kami telah menerima laporan mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen dan 1 Adun, surat-surat (kepada Ahli Parlimen dan Adun) akan dihantar dalam tempoh sehari dua.
“(Selepas itu) Kami akan memaklumkan kepada speaker Parlimen mengenai kes enam Ahli Parlimen serta speaker DUN Selangor dan Kelantan (babit Adun), ini adalah susulan situasi di Nenggiri,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Perikatan Nasional (PN) malam tadi.
Ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim terdiri daripada Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), dan Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga Adun Nenggiri.
Zahari…