Media Prima Berhad tampil menjelaskan isu yang banyak bermain di dada media tempatan semalam yang menyatakan bahawa stesen televisyen milik mereka, iaitu ntv7, telah dihentikan dan ditukar menjadi DidikTV.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Media Prima menyatakan bahawa tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (“ntv7”) dan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan serta laporan sesetengah…
