Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nuha Bahrin Kena Kecam Lagi… Netizen Dakwa Nyanyian Casablanca Secara Live Sumbang!

today14 July 2022

Background

Penerimaan peminat terhadap lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin semakin mendapat tempat dihati pendengar.

Namun, ketika sesi siaran langsung sebuah program hiburan di sebuah stesen berbayar pada Selasa, kedua-dua penyanyi ini kelihatan seperti terburu-buru ketika menyanyikan lagu berkenaan secara live.

Susulan kes tersebut, ramai peminat kecewa dengan persembahan mereka, apatah lagi kemunculan mereka amat dinantikan.

Menerusi video pendek berdurasi 29 saat yang dikongsikan di aplikasi Tik Tok milik individu yang dikenali sebagai @danish_amsyar, rata-rata warganet ‘menyalahkan’ Nuha dan melabelnya sebagai Nabila Razali junior kerana didakwa sering menyanyikan lagu dengan sumbang.

Kesilapannya itu sekaligus dikaitkan dengan persembahannya sebelum ini iaitu ketika Nuha menjadi peserta bagi program Vokal Mania 2020.

 

Bagaimanapun, menurut segelintir warganet, nyanyian sumbang daripada Nuha atau nama sebenarnya, Nuha Sakina Saiful Bahrain, 22, berlaku mungkin disebabkan rasa gementar yang masih belum dapat diatasi penyanyi itu.

Terdahulu, Nuha mengakui segala kritikan yang diterima sebelum ini dijadikan pembakar semangat untuk dirinya terus maju kehadapan demi meneruskan apa yang diminatinya.

ARTIKLE BERKAITAN:Vokal Mania: Isu Nuha Bahrin Belum Selesai – Pengacara Popular & Komposer Lagu Pun Tampil Bersuara!

ARTIKEL BERKAITAN:Vokal Mania: Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk – Ini Respon Nuha Bahrin

ARTIKEL BERKAITAN:Lagu Irama Arab ‘Denyut Jantungku Berdebar’ Viral Di TikTok… Casablanca Temukan Nuha Bahrin & Naufal Azrin

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu Teruk Kena Kecam, Kini Lagu Trending & Jadi Siulan… Komen Negatif Netizen Buat Nuha Bahrin Bangkit!

 

 

Sumber: Tik Tok

Written by: Aqilah