Kesatuan wartawan itu berkata tindakan menteri komunikasi dan digital itu menjejaskan laporan berdasarkan pendapat dan unjuran industri.

PETALING JAYA: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mengkiritik Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil kerana menganggap satu laporan berita sebagai fitnah.
Kesatuan itu mempersoalkan janji kerajaan berhubung kebebasan media ketika Fahmi sendiri melabelkan satu artikal mengenai unjuran kewangan sebagai satu fitnah.
Fahmi menuduh Berita Harian memfitnah kerajaan dan Bank Negara dalam satu hantara di Facebook dengan tajuk “OPR dijangka naik sekali lagi seawal Julai”.
Fahmi berkata: “Artikel itu secara jelas menyatakan ia adalah pandangan penganalisis dan bukannya oleh Bank Negara atau kerajaan. Berita Harian Online mesti memperbetulkan ini dan memberi penjelasan.”
Setiausaha Agung NUJ Teh Athira Yusof berkata, Fahmi sepatutnya tahu sudah menjadi amalan media diseluruh…