Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nur Dhabitah tamat final di tempat ke-12

today9 August 2024

Background


Nur Dhabitah Sabri mengumpul 244.80 mata keseluruhan untuk berada di kedudukan ke-12 selepas lima terjunan. (Gambar Bernama)

PARIS: Penerjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah Sabri, menamatkan perjuangan di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menduduki tangga tercorot daripada 12 peserta pada saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita.

Nur Dhabitah, yang beraksi menerusi kuota tidak digunakan atlet negara lain, mengumpul 244.80 mata keseluruhan untuk berada di kedudukan ke-12 selepas lima terjunan di Pusat Akuatik Olimpik.

Sama seperti semalam, penerjun berusia 25 tahun itu bermula baik dengan meraih 63.00 dan 60.00 mata bagi terjunan pertama dan kedua untuk meletakkan dirinya dalam perebutan pingat.

Namun, percubaan terjunan back 2½ somersaults membawa padah apabila hanya mendapat 37.50 mata, manakala kesilapan dalam percubaan reverse 2½ somersaults menyaksikan beliau hanya meraih 28.50 mata, sebelum memperbaiki prestasi untuk meraih 55.80 mata pada terjunan terakhir.

Nur…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post