Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Nur Fazura, Fattah Amin Rancang Timang Cahaya Mata Kedua Tahun Ini – “Kami Mahu Anak Lelaki, Tapi…”

today18 January 2023

Background

Pelakon jelita, Nur Fazura memaklumkan dia dan suami yang juga pelakon, Fattah Amin merancang untuk  memiliki zuriat kedua pada tahun ini.

Menurutnya, ia sebagai pelengkap kebahagian rumah tangga mereka apatah lagi jika dikurniakan dengan zuriat lelaki.

Meskipun begitu, Fazura mahupun Fattah tidak memilih jika mereka dikurniakan dengan zuriat perempuan asalkan bayi tersebut berada dalam keadaan sihat.

“Kami merancang untuk miliki zuriat kedua pada tahun ini memandangkan Fatimah akan mencecah usia 3 tahun tidak lama lagi.

“Dan, kalau ada rezeki kami mahu cahaya mata lelaki tapi, kalau dapat cahaya mata perempuan pun kami terima yang penting bayi yang dilahirkan sihat,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

 

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini bagaimanapun hanya berserah di atas ketentuan Tuhan.

“Kalau boleh saya nak bersalin pada penghujung tahun ini tetapi ada projek filem baru pula nak keluar,” jelasnya.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, turut bersyukur kerana Allah mempermudahkan segala urusannya termasuklah dalam menguruskan kerjaya, bisnes dan rumah tangga.

“Saya sangat bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya. Memang kami sibuk tetapi perlu cari masa untuk meluangkan masa berkualiti di rumah.

“Saya juga perlu bijak mengatur masa untuk menguruskan Fatima, suami, bisnes dan kerjaya seni. Alhamdulillah,” ujarnya.

Terdahulu, pelakon popular Gol & Gincu ini memaklumkan, dia bakal muncul dengan filem terbaharunya pada tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Fatima’s First Winter Holiday” – Fazura & Fattah Bawa Anak Bercuti Di Jerman

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi Cara Baru Tidurkan Anak, Ramai Boleh ‘Relate’- “Sampai Mengantuk Fatima Dengar Lagu Hareudang”

ARTIKEL BERKAITAN:Gara-Gara Puji Fazura & Neelofa ‘Maintain’ Cantik, Netizen Mohon David Teo Jangan Bandingkan -“Nak Tumpang Populariti Ke?

ARTIKEL BERKAITAN:Dituduh Tak Bantu Fazura Dukung Anak… Peminat Tampil Back Up Fattah Amin – “Ragam Anak Biasalah… Rajin Sikit Baca Kapsyen!”

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post