Pasangan selebriti terkenal, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah memperkenalkan kehadiran permata hati iaitu anak angkat perempuan mereka, Nur Izzara.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelantun lagu Kisah Hati itu menerusi satu muat naik di Instagram miliknya pada Selasa.
“Nur Izzara hadir dalam hidup kami tidak pernah terfikir dalam perancangan kehidupan yang kami lalui dan sesungguhnya Engkaulah perancang terbaik bagi setiap hambamu.
“Terima kasih buat Abang Ajis dan Kak Chik sekeluarga. Menguruskan segala-segalanya untuk majlis aqiqah cukur jambul Izzara dan kenduri doa selamat byat saya sebelum menunaikan haji,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Alyah mengucapkan kata syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaanNya menghadirkan insan istimewa dalam kehidupan mereka.
“Peringatan utk saya. Walaupon di handphone ada calendar yg mampu merancang segala jadual saya tapi saya tetap tidak mampu melawan perancangan Allah SWT yg maha hebat dan maha kasih,” tulisnya berserta tanda pagar #ThankYouAllah.
Sekadar info, Alyah dan maestro popular, Ramli atau lebih mesra disapa Tok Ram berkahwin pada 2013 di Indonesia.
Sebelum ini, Alyah pernah memaklumkan dia ada menjalani rawatan IVF sebagai salah satu ikhtiar mendapatkan zuriat.
Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Alyah Baru Keluar ‘Gua’ Gara-Gara Berang Kedai Serbaneka Tak Sediakan Beg Plastik, Ini Respons Tuan Badan