Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nur Jazlan letak jawatan sebagai Pengerusi Fast Energy Holdings

today11 January 2022

Background



Nur Jazlan Mohamed menyebut komitmen peribadi sebagai alasan kepada peletakan jawatannya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen daripada Umno Nur Jazlan Mohamed, meletak jawatan sebagai Pengerusi Fast Energy Holdings Bhd, berkuatkuasa semalam, kata syarikat berkenaan.

Peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Pulai itu adalah yang kedua dalam syarikat senaraian awam, yang sebelum ini turut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kangar International Bhd.

Jazlan yang berusia 55 tahun dilantik oleh Fast Energy Holdings, pada Nov 2020.

Menurut kenyataan kepada Bursa, beliau menyebut komitmen peribadi menjadi alasan peletakan jawatan berkenaan, katanya menurut laporan The Edge.

Jazlan adalah Timbalan Ketua Umno Johor, dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, bermula Julai 2015 hingga Mei 2018.

Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), bermula Jun 2013 hingga Julai 2015.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post