
PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, akan bertanding jawatan naib presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.
Perkara ini diumumkan anak kepada presiden PKR itu hari ini, menurut Bernama.
Izzah berkata beliau tidak akan mengambil mudah persaingan ini dan akan melakukan sedaya upaya untuk menang.
“Saya berharap anggota-anggota parti dapat memberikan saya peluang untuk menggalas bebanan selari dengan konsep fardu kifayah kerana sejak awal masa penubuhan parti saya masuk ke gelanggang pun berdasarkan mahu melunaskan konsep fardu kifayah, maka saya berharap dalam pemilihan kali ini pertandingan dalam semangat kekeluargaan,” katanya.
Setakat ini tiga naib presiden mengumumkan akan pertahan jawatan masing-masing, iaitu Amirudin Shari (menteri besar Selangor), Aminuddin Harun (menteri besar Negeri Sembilan), dan Nik Nazmi Nik Ahmad (menteri persekutuan).
Izzah…