
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya ‘pengambilan berganda’ pada 2027 sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dibenarkan memulakan Tahun 1 bersama murid berusia tujuh tahun.
Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, berkata sekolah terpaksa menampung dua kohort murid Tahun 1 serentak, sekali gus berpotensi menggandakan saiz kelas.
“Sekolah yang mempunyai lima kelas Tahun 1 boleh berakhir dengan 10 kelas apabila kedua-dua kohort masuk serentak,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata kesan paling ketara akan dirasai di kawasan bandar yang sesak dan impaknya boleh berlarutan selama bertahun-tahun apabila kohort yang lebih besar itu meningkat ke tahun berikutnya. Katanya, ‘lonjakan’ ini dijangka dirasai sehingga sekitar 2037.
Amaran itu dibuat susulan pelancaran…