Pelakon, penyanyi dan usahawan jelita, Nur Fazura menyentuh hati ramai selepas berkongsi sebuah video menyanyikan lagu selebriti antarabangsa, Adele berjudul Make You Feel My Love secara duet.
Menerusi ruangan kapsyen di perkongsian tersebut, difahamkan lagu tersebut sangat istimewa di hati Fazura terutamanya bait lirik ‘to make you feel my love’ iaitu dianggap sebagai janji untuk sentiasa ada disisi anaknya, Nur Fatima Aisya.
“Lagu ini lebih istimewa kerana mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikannya sebagai lagu tidur kepada anaknya.
“Baris ayat ‘to make you feel my love’ adalah janji tulusnya untuk sentiasa berada di samping puterinya itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dalam kalangan netizen memuji vokal dan nyanyian Fazura yang dikatakan sampai ke hati pendengar.
@xtra_my Min suka cover Fazura kalini 😍😘 Merdu sangat!! 💯 #xtra #fyp #fazura #cover #adele #beritaditiktok #sembangentertaiment
Sebelum ini, nyanyian Fazura dikritik ketika mempromosikan lagu baharunya berjudul Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara Indonesia, baru-baru ini.
Aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia itu bagaimanapun tidak mengendahkan segala kecaman dan tohmahan netizen, malah meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Artikel Berkaitan: “Fazura Boleh Nyanyi, Cuma Perlu Ambil Kelas Vokal” – Ajai
Artikel Berkaitan: Tiada Istilah Riak, Fazura Mengaku Kehidupan Kini Lebih Tenang & Bahagia – “Syukur Kepada Allah”
Artikel Berkaitan: “Do Not Settle For Less” – Fazura Kongsi Video Motivasi Buat Golongan Wanita
Artikel Berkaitan: Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu
Artikel Berkaitan: Along Kamaludin Minta Rakan Artis Henti Kecam Fazura – “Yang Kutuk Tu Menyanyi Sampai Indonesia Tak?”