Hot FM

Nyanyian Nuha Bahrin Curi Perhatian Christina Aguilera!

Aktif membuat lagu-lagu cover di Instagram, bakat baharu bernama Nuha Bahrin mendapat perhatian ramai selepas menyanyikan lagu Christina Aguilera, Hurt di Instagramnya.

Paling menarik, nyanyian Nuha turut mencuri perhatian penyanyi antarabangsa itu sendiri, apabila Instagram @godly.vocals turut “repost” nyanyian Nuha di Instagram mereka.

Video yang dimuat naik oleh Nuha turut mendapat pujian lebih 1000 orang apabila kekuatan vokalnya dikatakan persis Christina.

Exit mobile version