NZ Wheels mempromosi mobiliti mampan dengan pelancaran kenderaan elektrik Mercedes-Benz terbaharu.

Menyediakan pelbagai pilihan kenderaan serta khidmat pelanggan yang cemerlang, NZ Wheels kini semakin dikenali sebagai pengedar sah kenderaan Mercedes-Benz di Malaysia.
NZ Wheel kini mempunyai bilik pameran di Johor Bahru, Bangsar dan Klang. Ia telah mendapat kepercayaan pelanggan setia di Lembah Klang dan wilayah Selatan. Selain itu, pusat servis di Setapak, Johor Bahru dan Klang juga memudahkan pengguna untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Selari dengan perubahan permintaan global untuk alternatif yang lebih hijau bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam menggalakkan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, NZ Wheels baru-baru memperkenalkan rangkaian model kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQ yang baharu.
