Hot FM

Obesiti dalam kalangan anggota polis jadi perbahasan warga net



Pengguna Twitter mempersenda fizikal seorang anggota polis berperut boroi yang kelihatan sukar untuk keluar dari sebuah kereta peronda dalam satu klip video tular.

PETALING JAYA: Keadaan fizikal seorang anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan menjadi perbahasan umum, susulan satu klip video tular di Twitter yang menunjukkan kepayahan anggota berkenaan untuk keluar dari kenderaan kerana berperut boroi.

Beberapa pengguna Twitter turut menjadikannya bahan jenaka manakala beberapa yang lain mempersoalkan sama ada anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan mampu untuk menangkap penjenayah.

Klip video TikTok berdurasi 45 saat itu disiarkan pada Sabtu itu dikongsi secara meluas di media sosial.

Ia menunjukkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal keluar dari kereta peronda dan memberi nasihat kepada seorang pemuda mengenai keselamatan jalan raya.

Beberapa pengguna Twitter memperkatakan mengenai kesukaran anggota polis terbabit…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version