
PETALING JAYA: Syarikat robotik marin Ocean Infinity sudah membentangkan pelan baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kepada Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook semalam, kata kumpulan keluarga mangsa.
Menurut hantaran laman Facebook Persatuan Ahli Keluarga Penumpang dan Anak Kapal MH370, pembentangan itu diterima baik oleh Loke dan pasukannya.
“Kami menunggu kertas kerja yang diperlukan disemak sebelum kontrak baharu ditandatangani. Keluarga MH370 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat,” kata kumpulan itu.
Pada Mac lalu, Loke berkata beliau akan bertemu dengan Ocean Infinity pada awal bulan ini untuk membincangkan kemungkinan menyambung semula pencarian MH370.
“Kita tunggu dulu kertas cadangan mereka dan selepas dengar pembentangan,…