Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

OKU antara 5 dituduh melakukan rompakan bersenjata

today25 October 2024

Background


mahkamah klang
Lima lelaki termasuk seorang OKU dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata di sebuah rumah milik ahli perniagaan.

KLANG: Lima lelaki termasuk seorang orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjata di sebuah rumah milik ahli perniagaan, awal bulan ini.

Kesemua tertuduh, M Linggeshwaran, 23; P S Tamil Kumaran, 38; G Siva, 33; R Thamilarasan, 33, dan S Nagen, 28, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan secara serentak di hadapan Hakim Sharifah Hascindie Syed Omar.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan menggunakan senjata parang terhadap harta milik seorang mangsa warga tempatan berusia 54 tahun, berupa pelbagai patung berhala yang dianggarkan bernilai RM74,500.

Jenayah itu dilakukan di sebuah kawasan perumahan di Pandamaran, Pelabuhan Klang pada 6.16 pagi, 3 Okt lepas, dan kesemua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post