Hot FM

Olimpik Paris: Tan Jie-Ee Wei kejutkan pasangan No 2 dunia


Dengan kemenangan itu beregu campuran negara Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan D. (Gambar Bernama)

PARIS: Kem badminton negara melakar satu lagi kejutan di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila gandingan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pagi ini.

Pertarungan selama 70 minit di Porte de La Chapelle Arena itu menyaksikan beregu campuran negara yang menduduki ranking kesembilan dunia meraih kemenangan menakjubkan 17-21, 21-15, 21-16 untuk melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan D.

Setelah tewas di set pertama, Tang Jie-Ee Wei bangkit menggegar venue pertandingan yang dibanjiri kira-kira 8,000 penonton seawal 8.30 pagi waktu tempatan, dengan mempamerkan permainan terbaik mereka untuk mendominasi dua set berikutnya.

Berdasarkan format perlawanan, Tang Jie-Ee Wei dijangka akan berdepan naib juara kumpulan dan hanya akan diketahui dalam undian esok, selepas semua aksi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version