Hot FM

Ombak besar: 8 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah batal


Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom berkata perjalanan feri akan diaturkan semula esok sekiranya cuaca baik. (Gambar Ferrylines Ventures)

ALOR SETAR: Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Baharin Baharom berkata lima feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat membabitkan 2,013 penumpang.

“Feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terlibat adalah pada pukul 11 pagi, 12.30 tengah hari, 2 petang, 2.05 petang dan 2.10 petang, manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi sebanyak tiga feri terlibat yang membabitkan 937 penumpang.

“Feri yang terlibat adalah pada pukul 12.30 tengah hari, 2 petang dan 3.30 petang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata perjalanan feri yang dibatalkan ini tidak dapat dilencongkan ke Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis kerana berlaku kesesakan di sana.

“Kita berhubung dengan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version