Hot FM

Omicron kini varian tunggal dominan di Sarawak



Semua sampel dikenal pasti sebagai varian Omicron yang menunjukkan bahawa kadar pengesanan 100% (varian ini) di Sarawak.

KUCHING: Varian Covid-19, Omicron kini disahkan telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di Sarawak, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr David Perera.

Menerusi laporan terkini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Amar Douglas Uggah Embas semalam, beliau mendedahkan dari 20 Jan hingga 6 Feb lepas, sebanyak 77 sampel kes positif telah berjaya diproses.

“Semua sampel dikenal pasti sebagai varian Omicron yang menunjukkan bahawa kadar pengesanan 100% (varian ini) di Sarawak.

“Ini membuktikan bahawa Omicron telah menggantikan Delta sepenuhnya sebagai varian tunggal yang dominan di negeri ini,” katanya sambil menambah kes positif Omicron telah dikenal pasti di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu.

“Daripada sampel Omicron…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version