
PETALING JAYA: Bekas menteri tenaga, teknologi hijau dan air, Maximus Ongkili dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) berkuat kuasa hari ini.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu menyifatkan pelantikannya sebagai penghormatan buat parti itu.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada ECoS dan industri tenaga Sabah,” katanya dalam kenyataan.
Menteri persekutuan selama empat penggal itu berkata, Sabah mempunyai kekuatan dan potensi sangat besar dalam sumber tenaga, khasnya sumber boleh diperbaharui seperti solar, hidro, angin dan biojisim.
“Kami akan memastikan sebarang isu berkaitan ECoS dilaksanakan demi kebaikan Sabah dan rakyatnya.”
Suruhanjaya itu mula mengawal selia sektor bekalan gas di Sabah bulan lalu, selepas Dewan Undangan Negeri meluluskan dua rang undang-undang (RUU) berkaitan…