

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Onn Hafiz Ghazi tidak akan menghadiri sesi dialog yang dijadualkan berlangsung pada Selasa bersama calon Pakatan Harapan (PH) Maszlee Malik, namun ia tetap diteruskan dengan kehadiran panel lain.
Onn Hafiz, yang juga Menteri Besar Johor memaklumkan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani dan Sinar Harian, beliau mempunyai komitmen yang telah dijadualkan lebih awal, lapor Sinar Harian.
“RTM, Awani dan Sinar Harian menghormati keputusan Onn Hafiz yang tidak dapat memenuhi jemputan, namun dialog akan diteruskan seperti yang dirancang,” kata penganjur yang turut memaklumkan panel lain sedang dipelawa untuk menyertai dialog berkenaan.
Menurut penganjur, dialog itu diteruskan kerana ia menyediakan platform kepada orang ramai yang mahu…