Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

OOTD RM656,000 Heboh Diperkatakan, Cik B Sindir Warganet Tak Puas Hati – “Ada Masalah Ke?”

today14 September 2022

Background

Anak kepada usahwan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV), Cik B tampil menegur segelintir netizen yang mengkritik pemilihan fesyennya dikatakan ‘tasteless’.

Ia susulan sebuah foto barangan peribadi Cik B yang mencecah sehingga RM656,000 memaparkan jenama-jenama mewah tular di serata media sosial sejak minggu lalu.

Tidak berdiam diri, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen menerusi dua ciapan di laman sosial Twitter miliknya menjelaskan dia kadang kala sering memakai baju ‘bundle’.

“Baju tu beli tahun lepas tahun ni baru first time pakai Cik B main rembat je apa dalam almari asalkan selesa. Bukan nak flex atau style sangat pun hehe.

“Kenapa semua panas? Ada masalah ke?

“Baju Cik B sebelum ni semua bundle. Kalau tak pakai baju Dior tu nanti rosak pulak kan terbiar dalam almari je,” tegurnya.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan kepada Cik B untuk mengendahkan kritikan negatif sesetengah pihak.

Sebelum ini, nama Cik B menjadi perbualan hangat netizen yang didakwa semakin menunjuk selepas berkongsi barangan peribadinya berjenama mewah sehingga dikatakan mampu membeli sebuah rumah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kongsi Harga Barang Peribadi Cecah RM656,000… Netizen Dakwa Cik B Makin Menunjuk? – “Sedih, Dulu Ingat Humble”

Written by: Aqilah


Previous post