KUALA LUMPUR: Penemuan ratusan buku dan risalah berkaitan ajaran Al-Arqam dalam serbuan dilakukan di premis berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) di beberapa negeri hari ini, menjadi satu lagi bukti penting bahawa organisasi itu dipercayai masih berkiblatkan ajaran yang pernah difatwakan sesat pada 1994 itu.
Di Kelantan, puluhan buku berkaitan doktrin diperjuangkan organisasi itu dikesan ditanam di tepi sungai berhampiran kediaman kumpulan itu di Kampung Panji, Kota Bharu selain ada yang dibakar dipercayai bagi menghapuskan bukti selain mengelak daripada dirampas pihak berkuasa.
Bukti tersebut diperoleh menerusi serbuan di sebuah penempatan keluarga pengurusan tertinggi GISBH di kampung itu yang menempatkan tiga buah rumah dipercayai dihuni 30 orang termasuk isteri kedua dan lebih 20 kanak-kanak.
Di…