Saman itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya pamer nombor pendaftaran kenderaan lain, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 143 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita tiga motosikal dalam Ops Khas Motosikal sempena bulan perayaan di Plaza Tol Sungai Dua arah utara, di sini semalam.
JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, memaklumkan operasi selama empat jam bermula 3 petang itu dijalankan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pulah Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri itu.
“Sebanyak 143 notis saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan antaranya pamer nombor pendaftaran kenderaan lain, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat…