
KUALA LUMPUR: Syarikat perunding kewangan yang mendalangi sindiket penipuan pinjaman peribadi, menggunakan kaedah memanipulasi turnaround time (TAT) atau masa pusing balik semasa proses kelulusan permohonan pinjaman oleh bank.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
“Dalam tempoh itu, pihak sindiket akan mengeluarkan surat pembatalan palsu (konon) daripada bank yang telah luluskan permohonan pinjaman (pertama) kepada bank yang sedang dalam proses meluluskan permohonan pinjaman (kedua) bagi memastikan semua (permohonan) pinjaman daripada pelbagai bank mendapat kelulusan secara serentak.
“Sindiket itu akan membimbing peminjam untuk bekerjasama memastikan proses permohonan…