Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Operasi LRT Kelana Jaya tergendala, alami ‘gangguan landasan’

today2 December 2023

Background


Operasi LRT laluan Kelana Jaya menghadapi gangguan 8.50 malam tadi. (Gambar Facebook JBPM)

PETALING JAYA: Operasi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya menghadapi gangguan berpunca ‘gangguan landasan’ membabitkan seorang penumpang lelaki di stesen Datuk Keramat malam tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berkata kejadian berlaku 8.50 malam itu menyebabkan sistem kecemasan telah diaktifkan dengan serta-merta dan tren telah berhenti lama di landasan.

Menurutnya, polis, bomba dan ambulans berada di lokasi kejadian untuk menangani situasi berkenaan.

“Perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian itu.

“Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat daripada kejadian dan kelewatan perjalanan yang berlaku pada malam ini,” katanya dalam kenyataan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post