
PETALING JAYA: Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak autistik, Muhammad Fayyad Affan Mohd Fakhri yang hilang sejak tiga hari lalu ditutup hari ini selepas tiada petunjuk ditemui sepanjang pencarian.
Ketua Polis Baling, Azmi Mokhtar berkata, pos kawalan polis dan bomba di lokasi ditutup hari ini sebab pencarian makin jauh, namun anggota itu akan melakukan rondaan di sekitar kawasan setiap hari, katanya lapor Harian Metro.
Katanya, bilik kawalan polis dan Jabatan Bomba tetap beroperasi untuk menerima sebarang maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak empat tahun itu.
Azmi berkata, pencarian hari ini turut membabitkan aktiviti selaman oleh anggota penyelamat hingga ke Jambatan Kuala Pegang dan disambung lagi pada sebelah petang di kawasan sama.
“Radius pencarian hari ini tujuh hingga lapan kilometer…