Hot FM

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sempena final Piala Malaysia


LRT Bukit Jalil
Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dan tren bagi Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya dilanjutkan hingga 12.30 malam pada Sabtu ini. (Gambar klia.info)
PETALING JAYA:

Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan hingga 12.30 tengah malam Ahad ini bersempena dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Kuching City FC yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan berkenaan dijadual berlangsung pada 9 malam, Sabtu ini.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan waktu operasi tren bagi dua laluan iaitu Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya turut dilanjutkan bagi menampung pergerakan penumpang selepas tamat perlawanan.

Kata kenyataan itu lagi, untuk menukar laluan dari Laluan Ampang/Sri Petaling ke Laluan Putrajaya, hanya Stesen Sungai Besi akan dibuka.

“Stesen lain di Laluan Ampang/Sri Petaling dan Laluan Putrajaya akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen di laluan tersebut…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version