Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Rapid KL mengumumkan operasi Stesen LRT Bukit Jalil telah dilanjutkan sehingga jam 1 pagi bersempena dengan perlawanan penting Kelayakan Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang Bahrain yang berlangsung pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengendali perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) itu berkata, tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada jam 12.03 tengah malam manakala tren terakhir menuju ke Putra Heights akan berlepas pada jam 12.44 tengah malam.
Tren tambahan akan disediakan bagi membawa penumpang setelah selesai perlawanan.
Penumpang boleh meneruskan perjalanan ke LRT Laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek; dan ke MRT Laluan Kajang di Stesen Plaza Rakyat.
Perkhidmatan tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling di Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan seperti berikut;
a) Tren terakhir menuju ke Sentul Timur akan berlepas pada jam 12.03…