Hot FM

Operasi tren di Pantai Timur terjejas akibat banjir


Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha berkata tambang penuh akan dipulangkan kepada penumpang terkesan selepas beberapa perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur terjejas akibat banjir.

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas akibat banjir dan tanah mendap di beberapa kawasan yang turut menjejaskan operasi tren penumpang.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan KM493 hingga KM490.85 antara Pasir Mas dan Tanah Merah dikenal pasti tidak selamat untuk perkhidmatan kereta api akibat paras air melebihi tahap rel.

Berikutan itu, perkhidmatan KTM Intercity ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Rakyat Timuran No 27 bagi laluan JB Sentral-Tumpat dibatalkan mulai malam tadi.

“Hari ini, perkhidmatan lain yang turut terjejas termasuk Ekspres Rakyat Timuran No 26 dan No 27 (JB Sentral–Tumpat–JB Sentral) serta Shuttle Timuran (Kuala Lipis–Gua Musang–Tumpat) akibat ditenggelami banjir.”

Ketua…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version