Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Operator makanan MRSM wajib guna bahan mentah Bumiputera, halal

today17 October 2024

Background


Asyraf Wajdi Dusuki melakukan tinjauan di MRSM Alor Gajah, Melaka, dan meluangkan masa memeriksa kualiti makanan di dewan makan serta hidangan disediakan kepada pelajar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menetapkan semua operator makanan di institusi pendidikannya termasuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) wajib menggunakan bahan mentah daripada pengeluar Bumiputera yang mempunyai sijil halal sahaja.

Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata dasar itu akan berkuat kuasa sesi persekolahan tahun depan, selepas kontrak baharu ditandatangani pada September lalu.

“Dasar baharu yang saya perkenalkan semua kontraktor makanan mesti guna atau mengambil barangan dan bahan mentah daripada pengeluar bumiputera dan ada sijil halal yang sah sahaja.

“Dasar ini bermula kontrak baru yang ditandatangani September 2024,” katanya di Facebook.

Sebelum itu, beliau melakukan tinjauan mengejut di MRSM Alor Gajah, Melaka dan sempat meluangkan masa memeriksa kualiti makanan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post