Pasukan mencari dan menyelamat bakal berdepan kesukaran sekiranya Muhammad Hawari Hashim terjatuh di kaki Gunung Lhotse.

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim, 33, yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Everest, berkemungkinan berhadapan kesukaran, sekiranya mangsa terjatuh di kawasan kaki Gunung Lhotse.
Rakyat Malaysia pertama menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest, M Magendran berkata lereng Gunung Lhotse sangat curam, dan sekiranya pendaki tergelongsor, mereka boleh terjatuh ke kawasan kaki gunung yang penuh dengan glasier yang diliputi serpihan dan rekahan ais.
“Kawasan kaki Gunung Lhotse agak luas dan perlukan masa yang lama untuk cari, ditambah dengan…
