
GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman di daerah ini mendakwa terpaksa membeli beras pada harga tinggi seperti ditetapkan oleh peruncit.
Orang Asli suku kaum Temiar Anglah Angah, 41, yang tinggal di Kampung Kelaik, Pos Blau berkata beliau antara penduduk terkesan dengan harga barangan mahal dikenakan kepada pembeli di kawasan pedalaman.
Anglah berkata, disebabkan tidak tahan dengan harga tinggi, adakalanya beliau terpaksa keluar ke bandar untuk mendapatkan bekalan makanan asas.
“Di kampung harga 10kg beras mencecah sehingga RM50 lebih, beras 5kg dijual dengan harga mencecah RM20, manakala sepeket gula pula dijual pada harga RM5.
“Ahli keluarga saya seramai lapan orang jadi 10kg beras hanya boleh tahan untuk seminggu sahaja. Hari ini saya menempuh perjalanan hampir 100km dengan motosikal untuk datang ke bandar Gua Musang…
