
GUA MUSANG: Unit Udara Bomba meneruskan misi menghantar 25 tan bekalan makanan ke enam pos Orang Asli, di sini, bermula semalam.
Detasmen Komander Operasi Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Wahyudi Mohd Sayuhti, berkata operasi diteruskan setelah mengalami kelewatan akibat hujan lebat berterusan di jajahan itu, sejak Jumaat.
“Operasi semalam (Isnin) bermula pukul 10 pagi membabitkan dua pesawat iaitu Agusta A109E dan Agusta Westland AW189.
“Sebanyak 5.9 tan makanan berjaya dihantar setakat ini ke Kampung Gawin dan Kampung Gob di Pos Gob, Kampung Jader dan Kampung Ladoi di Pos Simpor serta Kampung Sempadik di Pos Belatim,” katanya kepada pemberita di Padang Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang.
Beliau berkata, penugasan penghantaran bantuan akan diteruskan…