Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Orang Asli maut dipijak gajah

today6 December 2022

Background



Menurut polis, mangsa meninggal dunia akibat cedera parah dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang wanita Orang Asli maut dipijak gajah dalam kejadian di Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, mangsa Wak Angkat Yong Tong, 39, meninggal dunia di tempat kejadian selepas dikatakan tidak sempat menyelamatkan diri ketika rumahnya dirempuh haiwan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Lipis, Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku ketika mangsa dan lapan lagi ahli keluarga sedang tidur di rumah yang terletak berhampiran sebuah kebun getah.

“Mangsa tinggal bersama keluarganya di rumah kayu berdinding buluh terletak di kampung itu di sekitarnya terdapat pokok pisang dan berhampiran kebun getah.

“Ketika kejadian, mereka yang sedang tidur terus tersedar kerana rumah bergoyang akibat dirempuh sekumpulan gajah,” katanya menurut Sinar Harian.

Azli berkata, keluarga…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post