Site icon Hot FM

Orang awam jumpa mayat dengan kesan tusukan di muka, leher


Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu, berkata seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

KUCHING: Mayat lelaki dengan kesan tusukan di bahagian muka dan leher ditemukan di sebuah bangunan di Taman Tunku, Miri, semalam.

Ketua Polis Miri Alexson Naga Chabu, berkata laporan penemuan mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah diterima pada 9.30 pagi semalam daripada orang awam.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, seorang lelaki telah ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di hadapan sebuah bangunan.

“Sejurus menerima laporan itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah bergegas ke lokasi dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Alexson berkata, susulan daripada siasatan dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mana-mana individu yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version